Category: bengkel

 

BENGKEL MAKEUP AKADEMI (MUA) 2018

BENGKEL MAKEUP AKADEMI (MUA) 2018
.
TARIKH : 3 JUN 2018
.
MASA : 8.30 PAGI – 1.00 TGHARI
.
TEMPAT : DEWAN UTAMA, KELANTAN BIOTECH CORPORATION SDN BHD
.
=================================
Pelbagai acara disediakan:-
.
✅ Mengenali jenis kulit muka dan bentuk muka
✅ cara memakai makeup tahan lama
✅ mengenali makeup brush dan fungsi
✅ kenali warna kulit & jenis kulit sendiri
✅ teknik makeup step by step

.
Jom Sama-sama kita memeriahkannya.
====================

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN 2018

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

*JEMPUTAN MENYERTAI KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN 2018 ANJURAN KELANTAN BIOTECH CORPORATION SDN*

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd akan mengadakan kursus Penyediaan Makanan pada 22 April 2018 bertempat di Dewan Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd*

*Kursus ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada semua pengendali makanan dalam penyediaan, penyajian, penyimpanan, pembungkusan dan penghantaran makanan yang selamat untuk pengguna*

Mohon war-warkan kepada pengendali makanan yang berkenaan. Sekian, terima kasih.

*KELANTAN BIOTECH CORPORATION SDN BHD* URUSETIA: MUHAMAD FIQRI BIN IBRAHIM, 011-2559 0001

Pelancaran Set Nutrihajj Nutrifera

Khamis 11 Ogos 2016, Kelantan melangkah ke hadapan dengan Pelancaran Produk Nutrihajj untuk penjagaan diri dan kesihatan bagi bakal Haji dan Umrah oleh Xcell Bioresources Sdn Bhd, Anak Syarikat Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd . FB_IMG_1470926450902

Hari Bertemu Pelanggan Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd 2015

hari-bertemu-pelanggan

Anda semua dijemput untuk bersama-sama kami bagi memeriahkan hari bersama pelanggan Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd 2015 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 19 Mac 2015 (Khamis)

Masa : 08:00 Pagi Hingga 07:00 Petang.

Tempat : Perkarangan Pejabat Urusan Kelantan Biotech Corporation

Kem Saintis Muda 2014

saintis muda

Kem Saintis Muda 2014 kini kembali lagi sempena cuti Sekolah ini. 

Jum isi masa terluang anak-anak anda dengan menyertai Kem Saintis Muda ini. 
Pelbagai aktiviti bioteknologi, sains, teknologi, peningkatan jati diri muslim dan aktiviti lasak dan membina minda yang cerdik dan cergas.

Tarikh: 12 hingga 14 Disember 2014, Jumaat hingga Sabtu
Tempat: Putera Valley Resort and Training Centre, Tanah Merah 

Terbuka kepada adik-adik yang berumur 12 hingga 16 tahun.

Yuran Pendaftaran HANYA RM290 SEORANG.
DIskaun HEBAT kepada ibu bapa/ adik-adik untuk pendaftaran 2 orng ke atas.

Untuk Pendaftaran dan maklumat lanjut boleh hubungi Kami di:
Pejabat: 09-9765280
En. Afzanizan: 0135596573
atau
SMS: YMSC<jarak>nama penuh<no. IC> ke 013-5596573

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!

Terbuka kepada anak-anak dan adik-adik yang berminat untuk mengetahui dan bercita-cita untuk menjadi seorang saintis muda hebat pada masa depan. 

Apa yang adik-adik akan dapat daripada Kem ini:
1. membina jati diri sebagai seorang muslim
2. pelbagai aktiviti sains dan bioteknologi secara praktikal oleh pakar dan saintis khususnya dari Kelantan Biotech Corporation.
3. aktiviti menarik untuk membina minda yang cerdik dan cergas
4. Sijil penyertaan dan hadiah juga baju 'special' ''I AM YOUNG SCIENTIST'

Bengkel Biopemprosesan Produk Hiliran Lebah Kelulut

Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd , mengadakan BENGKEL BIOPEMPROSESAN LEBAH KELULUT pada 8 November 2014 ( Sabtu ). Yuran Penyertaan hanyalah RM250/Peserta  .Jangan lepaskan peluang untuk daftar segera , Sebarang Maklumat lanjut boleh hubungi Pegawai kami Pn Rosmaliza – 013-4058 768 atau ke FB Kelantan Biotech Corporation.

Bengkel Pengurusan Ladang Pisang Tisu Kultur Secara Organik

Bengkel Pengurusan Ladang Pisang Tisu Kultur Secara Organik (Siri 2) 2014.

Daftarlah sekarang.

Bengkel Pisang

Bengkel Meliponikultur Lebah Kelulut Tahap 2

 

Bengkel Meliponikultur Lebah Kelulut Tahap 2.

 

Anjuran Kelantan Biotech Corporation dengan kerjasama Honeygold Enterprise

Anjuran Kelantan Biotech Corporation dengan kerjasama Honeygold Enterprise

Seminar Usahawan Penternakan Kambing Integrasi 2014

Penternakan kambing mempunyai peluang dan ruang yang amat berpotensi untuk dikembangkan di Negeri Kelantan. Namun, perkongsian pengetahuan dan kemahiran berkaitan kaedah penternakan yang efektif dan ekonomi amat jarang diketengahkan kepada masyarakat dan hasilnya banyak projek mahupun perusahaan tidak mencapai sasaran sekaligus membawa kepada kegagalan. Situasi ini tambah merugikan apabila ramai dari usahawan tidak mempunyai pengetahuan yang jelas dalam menjalankan perusahaan ini. Tambah merumitkan apabila ramai usahawan masih terikat dengan kaedah dan pengetahuan teknikal yang sudah ketinggalan zaman dan tidak ekonomik.

Justeru, Bengkel ini bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang teknologi terkini dalam menjalankan perusahaan penternakan digabungkan dengan sessi perkongsian dari penyelidik Universiti dan penternak yang telah berjaya.

 

Apa yang anda akan dapat melalui bengkel ini adalah:

1. Dapat meningkatkan minat dan kesungguhan masyarakat terhadap penternakan kambing secara komersial.

2. Dapat menyediakan bantuan dan khidmat nasihat terutama berkaitan teknologi terkini dalam bidang penternakan kambing.

3. Dapat dijadikan platform untuk mempromosikan pertanian secara integrasi dalam perusahaan penternakan kambing.

 

Seminar Usahawan Penternakan Kambing Integrasi 2014 sebagaimana berikut :

  • Tarikh: 25 Februari 2014 ( Selasa )
  • Tempat: Pusat Inkubator Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd, Lot 3174 Batu 23, Jalan Kota Bharu-Machang, 18500 Machang, Kelantan.
  • Yuran Penyertaan Hanya RM100.
  • ( Diskaun 10 Peratus bagi mereka yang mendaftar secara 5 orang berkumpulan.(minum pagi, makan tengahari & minum petang disediakan)

 

Jadual Aturcara Program spk2014

UNTUK MENDAFTAR, SILA MUAT-TURUN BORANG YANG DISEDIAKAN

Borang Pendaftaran Peserta Seminar spk2014

atau

HUBUNGI KAMI :

09- 976 5280 ( PEJABAT )

014- 806 9954 ( NASIR )

atau

SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)

<SUPKI>jarak<NAMA>jarak<NO. IC>ke 014-8069954