Madu Lebah Kelulut
PROJEK PENGEMBANGAN INDUSTRI (LEBAH KELULUT)
KERAJAAN NEGERI KELANTAN melalui anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan, iaitu Kelantan Biotech Corporaration Sdn Bhd telah diamanahkan bagi membangunkan industri ternakan lebah kelulut di Negeri Kelantan.
Antara 3 objektif yang telah dijalankan ialah;
1. MENYEDIAKAN PROGRAM LATIHAN
Bagi melahirkan lebih ramai Penternak di negeri Kelantan, maka beberapa siri Bengkel telah dirancang. Antaranya :
- Bengkel Asas Menternak Lebah Kelulut
- Bengkel Intensif Menternak Lebah Kelulut
- Bengkel Asas Membuat Produk Hiliran berasaskan Lebah Kelulut
Sebanyak 4 lagi Bengkel Asas, 2 Bengkel Intensif, 2 Seminar, 1 Bengkel Pemprosesan Hasil dan 1 Bengkel Intensif akan diadakan pada tahun 2014. Ia bertujuan bagi melahirkan 200 orang penternak pakar seluruh Negeri. Melalui program yang diadakan, pihak syarikat telah mengadakan kerjasama dengan Institusi Penyelidikan Tempatan, USM Kampus Kesihatan Kubang Kerian, Mardi, Jabatan Pertanian Negeri Kelantan dan Persatuan Apiterapi Malaysia bagi melahirkan usahawan berkemahiran tinggi.
2. MEMBANGUNKAN REKABENTUK HAIF LEBAH KELULUT
Kami telah mereka bentuk 2 jenis haif lebah kelulut berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dilakukan di Kelantan, Malaysia dan luar negara terutamanya dari Indonesia dan Australia. Rekabentuk haif ini adalah lebih kepada penghasilan produk lebah kelulut secara komersil.
3. MENGHASILKAN PRODUK HILIRAN BERNILAI TAMBAH
Melalui Kilang Produk Penjagaan Diri dan Kosmetik berstatus HALAL dan GMP milik Kelantan Biotech Corp, pihak syarikat telah menjalankan R & D bagi menghasilan produk berkualiti dengan standard antarabangsa, antara produk yang telah dibangunkan ialah
Semua produk di atas berasaskan lebah kelulut. Berberapa lagi produk akan dibangunkan seperti deodoran, syampu, lipstik, ubat gigi, gel rambut dan lain-lain bagi memastikan hasil daripada lebah kelulut yang dikeluarkan oleh usahawan mampu dipasarkan ke pasaran yang lebih luas.
Berapakah modal minimum untuk menghasilkan produk hiliran dari madu kelulut..contohnya sabun muka dan krim pelembap?
mohon pencerahan. Adakah kelantan Biotech membeli madu2 dari penternak??? atau Kelantan Biotech boleh menemusuakan pemborong dengan penternak???
Bagaimanakah saya boleh tahu mana ada kursus produk madu? Terima kasih
setakat ini pihak kami tidak menyediakan kursus produk madu dan kami juga tidak tahu dimana yang ada sediakan kursus tersebut
Sekiranya ada program kursus perternakan asas kelulut sepanjang tahun 2015 harap dapat maklum kepada saya.Amat berminat untuk menyertainya.Sekian,terima kasih.
Terima kasih diatas minat terhadap Penternakan Lebah Kelulut. Pihak kami akan memaklumkan tarikh kursus Penternakan Lebah Kelulut bagi tahun 2015 dari masa ke semasa.
Terima kasih.
Berapakah harga madu kelulut, Bagaimana cara saya boleh dapatkan maklumat tentang madu kelulut. Tqvm
assalamualaikum.saya sangat berminat untuk menternak lebah madu.jika ada peluang2 berkenaan spt kursus dan sebagainya tolong hubungi saya di email atau tel 0105031910
Terima kasih atas pertanyaan..
InsyaAllah kami akan mengadakan
Bengkel Asas Penternakan Lebah Kelulut
Tarikh: 20 Disember 2014, Sabtu
Yuran: RM250/peserta
Bengkel Meliponikultur Kelulut (Tahap 2)
Tarikh: 21 & 22 November 2014, Jumaat & Sabtu
Yuran: RM380/peserta
Bengkel BioPemprosesan Produk Hiliran Kelulut
Tarikh: 8 November 2014, Sabtu
Yuran: RM250/peserta
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, hubungi
Pejabat : 09-9765280
Pn Rosmaliza : 013-4058768
salam.. saya berminat dengan Bengkel Asas Penternakan Lebah Kelulut. kursus ni untuk warga kelantan sahaja ker? saya org trg
Assalamualaikum,
1. Saya berminat untuk menyertai bengkel asas perternakan lebah bagi tahun 2015 dan pilihan saya jadual dinegeri kelantan atau kawasan sekitar Kuala Lumpur . Mohon pihak tuan menyenaraikan tarikh bengkel/kursus sepanjang tahun 2015 bagi membolihkan saya buat persiapan awal.
2. Untuk maklumat tuan/puan saya sekarang tinggal di gombak, selnagor.
Wan Remeli b Wan jusoh
017-6892827
Salam tuan,
Sya ingin mengetahui Tarikh untuk kursus penternakan kelulut anjuran pihak tuan Dan Bayaran yang dikenakan.
Terima kasih.
Terima kasih atas pertanyaan..
InsyaAllah kami akan mengadakan
Bengkel Asas Penternakan Lebah Kelulut
Tarikh: 20 Disember 2014, Sabtu
Yuran: RM250/peserta
Bengkel Meliponikultur Kelulut (Tahap 2)
Tarikh: 21 & 22 November 2014, Jumaat & Sabtu
Yuran: RM380/peserta
Bengkel BioPemprosesan Produk Hiliran Kelulut
Tarikh: 8 November 2014, Sabtu
Yuran: RM250/peserta
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, hubungi
Pejabat : 09-9765280
Pn Rosmaliza : 013-4058768
saya berminat kursus dalam penternakan lebah kelulut ,kalau ada email pada saya ,terima kasih.
Salam…sy just nak tanya…agak2 ada potensi ke untuk pelajar graduan mcm sy untuk melibatkan diri dalam kajian kelulut ni??sy pelajar pengurusan sains dan sumber haiwan Universiti Malaysia Sarawak…sy hanya mahukan peluang yang sy ada dalam bidang ini..terima kasih =)
ASSALAMUALAIKUM TUAN, sekiranya ada kursus penternakan lebah dalam masa terdekat ni minta tolong maklumkan saya melalui email ini. Saya berminat untuk mengikutinya, terima kasih.
[…] sifatnya yang rajin mencari makanan sendiri. Kalau anak-anak hendak mencuba, bolehlah menghadiri kursus penternakan kelulut yang disediakan oleh Kelantan Biotech […]
ASSALAMUALAIKUM..SAYA MOHD SABRI BIN CHE MAT ZAHARI DARI PERINGAT KOTA BHARU KELANTAN, INGIN BERTANYA BILAKAH KURSUS PERTERNAKAN LEBAH KELULUT DI BUKA LAGI? SEBAB SAYA BERMINAT UNTUK PELIHARA DENGAN PETERNAKAN LEBAH KELULUT INI. JIKA ADA MINTA TOLONG PIHAK TUAN EMAIL KAN TARIKH UNTUK KURSUS ITU. TERIMA KASIH.
Assalamualaikum,
Adakah cadangan mengadakan kursus penternakan lebah kelulut dalam masa terdekat ini?
Assalamualaikum,
Saya belajar berjinak-jinak membela kelulut di kebun saya,tempatnya agak sesuai apa yga saya belajar dalam intenit,untuk memhadiri krusus saya kesuntukan masa kerana saya kerja di kuala lumpun,tempat yg saya bela kelulut di gua musang kelantan,sekarang ni bilangan benih kelulut dalam kebun saya ada 51 kotak.
soala saya untuk belajar dari tuan,apa kan jenis-jenis musuh kelulu..? dan bagai mana untuk memgatasinya, terima kasih tuan.
Assalamualaikum. Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang penternakan lebah kelulut ini. Harap dapat memaklumkan pada saya sekiranya terdapat kursus yang terdekat. Terima kasih
Wa’alaikumussalam,
Insha ALLAH, kami ada cadangan untuk menganjurkan Kursus Penternakan Lebah Kelulut di Negeri Kelantan dari masa ke semasa. Sila ikuti perkembangan kami melalui Iklan di laman sesawang atau laman Facebook kami dari masa ke semasa.
Salam..sy nk tnya semua ingrediant yg digunakan dalam menghasilkan sabun dan krim tersebut dari bahan2 yg btl2 dijamin tiada sebarang kesan jangka msa panjang?tq
Wkum salam,
Semua bahan2 yang digunakan adalah dari bahan2 asas pembuatan sabun dan krim, serta bebas dari bahan2 kimia beracun dan insha ALLAH tiada kesan jangka panjang. Manakala Madu Kelulut kami diambil dari Ladang yang bertauliah.
bagaimana nak jadi pengedar produk lebah kelulut nie?
Assalamu’alaikum En. Zuri,
Buat masa ini, kami sedang mencari Pengedar untuk produk2 hiliran berasaskan Madu, Propolis dan Bee Bread Lebah Kelulut. Jika berminat sila hubungi talian pejabat di 09-9765280 dan bercakap dengan En. Shamsul Bahri.
Salam
Bila akan diadakan kursus asaa ternak lebah kelulut 2014
saya nk beli sabun madu brapa rm?
Terima kasih atas minat Sdra,
Kami menjual Sabun Muka Madu dan Propolis Lebah Madu Kelulut pada harga runcit RM18/unit (35 gram). Tawaran diskaun yang lebih menarik jika membeli dengan kuantiti yang lebih banyak atau menjadi PENGEDAR. Kandungan sabun ini ialah Air Zam-Zam, Sodium Chloride, Glycerine, Sucrose, Propylene Glycol, Sorbitol Sodium Citrate, Sodium Laureth Sulphate, Sodium Stearate, Madu Kelulut, Propolis Kelulut, Minyak Kelapa Dara (VCO), Pewangi. Kami juga mempunyai Kilang GMP untuk membuat produk kosmetik (seperti Sabun dan lain-lain) dengan jenama sendiri. Sila berhubung dengan pegawai yang bertanggung jawab di pejabat atau talian terus di 011-25520355 (EN.SHAMSUL). terima kasih.
Salam..saya pelajar dari UPSI. 2 hari lepas saya sudah telefon pihak kelantan biotech mengenai lawatan kami ke kelantan biotech corp. Kami ditugaskan untuk membuat research tentang produk ataupun bahan yang dihasilkan menggunakan bioteknologi. Kami akan poskan surat permohonan minggu ini. Tetapi, dalam surat tersebut, kami ingin nyatakan tarikh kami akan pergi ke kelantan biotech. Boleh kami tahu hari krismas pejabat akan bercuti berapa hari? Kami bercadang akan dtang melawat pada hari Selasa, 23/12/2013..Terima kasih.
Wa’alaikumussalam dan terima kasih atas minat dan kecenderungan pihak UPSI,
Sila hubungi pejabat dan berhubung dengan Puan Zairos untuk tujuan lawatan. harap maklum.
Assalamulaikum, selain daripada bengkel proses madu kelulut adakah pihak tuan mengadakan bengkel tisu kultur (pisang ). Jika ada email pada saya.
Wa’alaikumussalam & terima kasih atas pertanyaan.
kami juga ada mengadakan Bengkel Tisu kultur secara intesif selama 2 hari pada hujung minggu. Jadual atas keselesaan pelanggan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai yang bertanggung jawab, iaitu En. Afzanizan di talian 013-5596573.
Wassalam..
Selamat pagi , saya berminat kursus dalam penternakan lebah kelulut ,kalau ada email pada saya ,terima kasih.
Terima kasih atas pertanyaan..
Insha ALLAH kami akan mengadakan Bengkel Pemprosesan Produk Kelulut 2.0 pada:-
Tarikh : 9 Disember 2013 (Isnin)
Lokasi : Kelantan Biotech Corp. Batu 23, Kpg. Labok, Jln Kota Bharu – Machang
Yuran : RM150 sahaja
Pendaftaran
Pejabat : 09-9765280
En. Hisyamuddin : 013-2199643