Day: December 9, 2012

 

Bengkel Strategik Penternakan Lebah Negeri Kelantan 2012

Pada 5 Disember 2012, bertempat di Min House Camp, Kubang Kerian, satu bengkel strategik penternakan lebah telah diadakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kelolaan KBCSB dan kerjasama penyelidik dai USM dan Persatuan Penternak Lebah Kelantan.

Bengkel bertujuan merancang dan menentukan halatuju penyelidikan dan pengkomersilan perusahaan dan penternakan lebah khususnya lebah kelulut.

Tambah menarik, Bengkel strategik ini telah dipengerusikan sendiri oleh Yb Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, Exco Pertanian, Industri Desa & Bioteknologi Negeri Kelantan.

Latihan Kecemasan Kebakaran

Pada 4 Disember 2012, hari Selasa, bertempat di Kilang Kosmetik GMP ( Kesihatan & Kecantikan ) pihak pengurusan KBCSB dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Machang telah mengadakan saltu sesi latihan khas menghadapi kecemasan kebakaran.

 

Sesi Latihan dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Tuan Pengurus Besar KBCSB, En.Zamakhshari Muhammad. Seterusnya wakil pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Machang meneruskan agenda dengan menerangkan langkah-langkah penting dalam menghadapi kecemasan dan kebakaran. Semua kakitangan KBCSB melahirkan rasa puas hati dengan ilmu dan maklumat yang diperolehi. Pihak Pengurusan KBCB bersetuju untuk mengadakan latihan simulasi dengan Jabatan Bomba & Penyelamat Machang di masa hadapan agar dapat melatih semua kakitangan KBCSB bersedia dengan lebih yakin dan mantap dalam menghadapi segala kemungkinan.