Kempen Kelantan Go Green : Pasar Berek 12

KGG

 

Kempen Kelantan Go BioGreen 2012 dijalankan sebagai salah satu usaha kerajaan negeri Kelantan menyelesaikan beberapa masalah berkaitan isu kebersihan yang berlaku di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan. Melalui kempen ini, Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam akan menggunakan sepenuhnya kebaikan dan kelebihan penggunaan Bioteknologi Efektif Mikroorganisma.

Bioteknologi Mikroorganisma telah digunapakai secara meluas sejak dua dekad yang lalu terutamanya didalam proses rawatan pemulihan air, loji, menghilangkan bau busuk, penternakan haiwan, dan pelbagai kegunaan dalam rawatan sisa industri. Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd bertanggungjawab menjalankan operasi penyemburan Larutan Bio-Hijau bagi memastikan masalah yang dikenalpasti dapat diselesaikan.

kgg1

Sasaran Lokasi yang pertama ( sebagai tapak percubaan) ialah Pasar Berek 12, Kota Bharu. Satu Majlis Pelancaran Kelantan Go Green telah disempurnakan Oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Yang Berhormat Tuan Hj. Takiyuddin B. Hj. Hasan pada 23 Syawal 1433H bersamaan 10 September 2012.

kgg2

Kempen ini berjalan selama 2 bulan dibawah kelolaan KBCSB dengan aktiviti semburan dan pemantauan dilakukan setiap minggu oleh staff yang terlibat.

Sehingga hari ini, keputusan dan kesan yang amat positif diperolehi dari pelaksanaan kempen ini. Selepas sebulan semburan Larutan Bio-Hijau dijalankan, masalah bau busuk longkang telah dapat diatasi. maklumbalas yang positif diterima dari para peniaga dikawasan berkenaan.

kgg3

Gambar-gambar sekitar Program

PIJI2

Tong Sampah menjadi sasaran

PIJI

Mencuci Longkang