Bio-Organik

Unit Bio Organik (Bio-O) berperanan memacu industri organik di negeri Kelantan. Antara fokus kami adalah membangunkan industri pertanian organik di negeri Kelantan. Melalui Unit ini, kami bertindak sebagai penasihat kepada para petani dan peladang dalam usaha melestarikan sektor pertanian dan perladangan bebas kimia.

BAJA ORGANIK POOTON BIO HIJAU

Pooton BioHijau1

Syarikat kami mengeluarkan baja organik yang efektif untuk variasi tanaman.

Faedah kepada Tanaman:

  • Menyokong mikroorganisma berfaedah di dalam tanah untuk tumbesaran pokok.
  • Memberi kekuatan kepada pokok untuk mencegah serangan perosak.
  • Menggalakkan pertumbuhan buah dan hasil tanaman.

Spesifikasi:

Pooton BioHijau2

  • Butiran (granule)
  • pH 6-7
  • Kelembapan 30%

Mengandungi mikroorganisma pengikat nitrogen:

Pooton BioHijau3

Aplikasi:

Baja organik digunakan untuk pulihkan tanah, suburkan tanah seterusnya membantu tanaman mendapatkan nutrien di dalam tanah dengan lebih baik.  Nutrien sangat diperlukan untuk sistem imunisasi tanaman selain pertumbuhan dan percambahan.

Aplikasi baja organik dalam penanaman bermula daripada fasa penyediaan tanah, penanaman anak pokok/benih, pembajaan berkala untuk membekalkan nutrien sehingga peringkat penghasilan buah.

 

Cadangan penggunaan:

Tanaman Penyediaan Tanah Semaian/Awal Penanaman Peringkat Hasil
Padi 50kg/ekar 50kg/ekar (15-30hari0 50kg/ekar (45-60hari)
Getah 0.5kg/pokok 0.5kg/pokok 1kg/pokok
Sawit 0.5kg/pokok 1kg/pokok 2kg/pokok
Buah & Sayur 50kg/ekar 0.5kg/pokok (sebulan) 1kg/pokok (sebulan)
Bunga & Hiasan 50kg/ekar 0.5kg/pokok (2minggu) 1kg/pokok (2minggu)

 

Untuk tujuan pengkomersialan, baja kami dibungkus dalam 2 bentuk pembungkusan iaitu :

  • 2kg
  • 50kg.

 

< PENGEDAR DI SELURUH NEGERI DIPERLUKAN >

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai kami : En Hafiz – 018 3993739

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *