Bioteknologi Industri

Awal 2012, KBCSB mula mengorak langkah dengan mengembangkan lagi bidang perniagaan dan penerokaan penyelidikan yang terbaru iaitu Bioteknologi Mikroorganisma.

Enzim Industri
Pihak MOSTI telah memperuntukan geran sebanyak RM500,000 kepada Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Kerajaan Negeri Kelantan (Unit Perancang Ekonomi (UPEN) bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi Pengeluaran Enzim Industri berasaskan proses fermentasi sisa pepejal (solid state fermentation).
Kilang Bioproses Enzim Industri dijangkakan akan mula beroperasi pada Jun, 2012 bagi mengeluar Enzim :
  1. Protease
  2. Cellulase
  3. Xilanase
  4. Mannanase
  5. Peptinase

Status semasa projek pengembangan industri enzim ialah diperingkat penyelidikan untuk penyesuaian gerak kerja di makmal terbaru kami.

Larutan Bio-Hijau

 

 

Larutan Bio-Hijau keluaran Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd ialah larutan mikroorganisma yang berfaedah yang terdiri dari bakteria fotosintetik, bakteria laktik asid, yis, actinomyces dan molasses.

Ia merupakan campuran mikrobial aktif untuk pelbagai kegunaan dalam sektor penjagaan alam sekitar, bioteknologi, penternakan dan pertanian. Larutan Bio-Hijau ini telah diaktifkan dan sedia untuk diaplikasikan terus dalam sektor-sektor berkaitan.
Kegunaan Teknologi Mikroorganisma Berfaedah telah digunapakai secara meluas sejak dua dekad lalu terutamanya dalam sektor pertanian untuk rawatan pemulihan air, menghilangkan bauan busuk, penternakan haiwan, dan pelbagai kegunaan dalam rawatan sisa industri.Antara mikroorganisma yang mudah diklasifikasikan terdiri dari 3 kumpulan major iaitu: bakteria asid laktik, yis dan bakteria fototropik.Penyelidikan dan pemerhatian telah membuktikan bahawa inokulasi kultur Bio-Hijau pada tanah, tumbuhan, ekosistem akan dapat meningkatkan kualiti tanah, kesihatan tanah, peningkatan hasil dan kualiti pertanian. Begitu juga jika ia digunapakai dalam sistem penternakan, keputusannya juga adalah sama. Mikroorganisma dalam Larutan Bio-Hijau akan berasimilasi dengan baik dengan alam sekitar, kerana ia adalah sejenis mikrob dari alam semulajadi.

Larutan Bio-Hijau disembur ke kawasan bermasalah