Month: October 2022

 

JPN Sahut Seruan Gerakan Pertanian Al Falah

Pasir Puteh : Permintaan terhadap madu kelulut semakin menjadi perkara yang hangat diperkatakan
dalam kalangan masyarakat hari ini. Ini disebabkan oleh khasiat, rasa dan nilai komersial yang tinggi
yang ada pada madu kelulut itu sendiri. Justeru itu, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan melalui
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh juga tidak melepaskan peluang untuk terlibat sama dalam
menjayakan projek madu kelulut.


Dalam hal itu, Kerajaan Negeri Kelantan mengambil serius isu sekuriti makanan yang berlaku dan
membawa inisiatif pendekatan melalui pendidikan peringkat sekolah dengan menjalankan Program
Pendidikan Pertanian Kelulut Al Falah bagi tahun 2022 dan telah memberi sumbangan kepada Sekolah
Menengah Sains Pasir Puteh (SMSPP) sebanyak RM30,000.


Program ini berpeluang memberi pendidikan tambahan kepada para pelajar SMSPP dalam menceburi
bidang penternakan kelulut. Dengan kerjasama Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd (KBCSB) dan
bantuan tenaga pakar oleh persatuan usahawan lebah kelulut, Darul Naim Entrepreneur of Stingless
Bee Society (DRONESS), telah membantu untuk membimbing SMSPP dalam pengurusan lebah kelulut
dan membekalkan log beserta topping berbumbung jenis Itama, tapak log kelulut, beberapa set
penyedut madu kelulut yang termasuk dalam pakej sumbangan.


Inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan negeri ini dapat membuka minda pelajar dalam bidang kajian
mata pelajaran Biologi dengan mempelajari kitaran hidup lebah kelulut dan ekologi persekitaran
kelulut. Di samping itu juga, program ini mampu memberi imput tambah berkenaan pengetahuan
dalam menjadi seorang usahawan khususnya usahawan tani Gerakan Pertanian Al Falah.


Justeru itu, YB Ust Hj Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri
Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar akan terus mencari solusi dan pembaharuan
dalam meningkatkan lagi sektor ekonomi di Negeri Kelantan dalam pertanian dan penternakan bagi
menjaga sekuriti makanan masa hadapan