Category: usahawan
Hari Bertemu Pelanggan Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd 2015

Anda semua dijemput untuk bersama-sama kami bagi memeriahkan hari bersama pelanggan Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd 2015 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 19 Mac 2015 (Khamis)
Masa : 08:00 Pagi Hingga 07:00 Petang.
Tempat : Perkarangan Pejabat Urusan Kelantan Biotech Corporation
Larutan Bio-Hijau

Larutan Bio Hijau ialah larutan mikroorganisma yang berfaedah yang terdiri dari bakteria laktik asid, bakteria fotosintetik, yis & actinomyces. Ia merupakan campuran microbial aktif untuk pelbagai kegunaan dalam sektor pengurusan alam sekitar, perternakan dan pertanian.
Hubungi kami sekarang di talian 09 – 976 5280.
Bio Kelantan 2014 ( bio K )

Seperti tahun lepas, bioK kali ke-2 pada tahun ini dijangka lebih meriah, lebih hangat kerana pelbagai acara yang menarik telah dirancang. Program yang diadakan dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) ini akan diakan bertempat di Kelantan Trade Center (KTC), Kota Bharu, Kelantan berhadapan dengan Stadium Sultan Muhammad ke-V. Antara acara yang akan diadakan antaranya ialah :
– Pameran dan Gerai2 Jualan Bioteknologi oleh IPTA/IPTS/Agensi/Industri.
– 4 Seminar seperti Seminar Bioteknologi Pertanian (SBP), Seminar Bioteknologi Kesihatan (SBK), Seminar Biotknologi Penternakan (SBT), Seminar Industri Kelulut (SLK).
– 1 Diskusi Bioteknologi : Herba & Ubatan Tradisional.
– Demonstrasi Bioteknologi : Tisu Kultur, Permanian Beradas, Pemprosesan Baja Organik.
– Anugerah Tokoh Usahawan Bioteknologi
– Pertandingan Bio Explorace
– Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
PROGRAM2 MENARIK SEPANJANG HARI :
TARIKH : 19/6/2014
HARI : KHAMIS
TARIKH : 20/6/2014
HARI : JUMAAT
TARIKH : 21/6/2014
HARI : SABTU
BERMINAT UNTUK MENGHADIRI SEMINAR ? SILA DAFTAR AWAL MELALUI PAUTAN DI BAWAH :
https://docs.google.com/forms/d/1fyBRjqdVsv9XFTPKOwm3M1c-40tnwF0s9v6IBM3T0Ac/viewform
Seminar Usahawan Penternakan Kambing Integrasi 2014

Penternakan kambing mempunyai peluang dan ruang yang amat berpotensi untuk dikembangkan di Negeri Kelantan. Namun, perkongsian pengetahuan dan kemahiran berkaitan kaedah penternakan yang efektif dan ekonomi amat jarang diketengahkan kepada masyarakat dan hasilnya banyak projek mahupun perusahaan tidak mencapai sasaran sekaligus membawa kepada kegagalan. Situasi ini tambah merugikan apabila ramai dari usahawan tidak mempunyai pengetahuan yang jelas dalam menjalankan perusahaan ini. Tambah merumitkan apabila ramai usahawan masih terikat dengan kaedah dan pengetahuan teknikal yang sudah ketinggalan zaman dan tidak ekonomik.
Justeru, Bengkel ini bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang teknologi terkini dalam menjalankan perusahaan penternakan digabungkan dengan sessi perkongsian dari penyelidik Universiti dan penternak yang telah berjaya.
Apa yang anda akan dapat melalui bengkel ini adalah:
1. Dapat meningkatkan minat dan kesungguhan masyarakat terhadap penternakan kambing secara komersial.
2. Dapat menyediakan bantuan dan khidmat nasihat terutama berkaitan teknologi terkini dalam bidang penternakan kambing.
3. Dapat dijadikan platform untuk mempromosikan pertanian secara integrasi dalam perusahaan penternakan kambing.
Seminar Usahawan Penternakan Kambing Integrasi 2014 sebagaimana berikut :
- Tarikh: 25 Februari 2014 ( Selasa )
- Tempat: Pusat Inkubator Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd, Lot 3174 Batu 23, Jalan Kota Bharu-Machang, 18500 Machang, Kelantan.
- Yuran Penyertaan Hanya RM100.
- ( Diskaun 10 Peratus bagi mereka yang mendaftar secara 5 orang berkumpulan.(minum pagi, makan tengahari & minum petang disediakan)
UNTUK MENDAFTAR, SILA MUAT-TURUN BORANG YANG DISEDIAKAN
Borang Pendaftaran Peserta Seminar spk2014
atau
HUBUNGI KAMI :
09- 976 5280 ( PEJABAT )
014- 806 9954 ( NASIR )
atau
SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)
<SUPKI>jarak<NAMA>jarak<NO. IC>ke 014-8069954