Aplikasi TM dalam Rumah

Mikrob berfaedah ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan untuk memelihara alam sekitar dalam kawasan rumah. Penggunaannya secara konsisten boleh menghapuskan habuk2 yang melekat di langsir2 rumah, menyah bau yang kurang enak di dalam bilik, mengurangkan lalat, nyamuk, serangga dan tikus di kawasan dapur  dan sebagainya. Antara lain penggunannnya ialah :

Mengatasi masalah bau busuk dalam Tandas

  • Larutan Bio-Hijau dicairkan dan disembur/spray terus ke dalam mangkuk tandas untuk mengelak najis melekat dan berbau. Persediaan sprayer Bio-Hijau di dalam tandas boleh mengatasi bau busuk dengan langsung menyembur Bio-Hijau setiap kali selepas mangkuk tandas digunakan.
  • BioHijau Seramik berupaya untuk menyerap bau busuk ( kebiasaannya gas ammonia) yang keluar dari mangkuk jamban.
  • Cara guna : letakkan 1 bungkusan Bio Hijau Seramik yang tertulis “Untuk kegunaan dalam sahaja” di dalam bilik tandas.

Mengatasi masalah kekotoran di Dapur

  • Cara guna : cairkan Larutan Bio-Hijau, kemudian sembur/spray ke arah dapur masak, dinding tempat masak, setiap kali selepas selesai memasak untuk mengelak dari percikan minya2 masak melekat. Penggunaannya secara konsisten boleh memudahkan kekotoran yang susah dicuci dinyahkan dengan mudah.

Mengatasi masalah bau busuk dalam bilik tidur.

  • Cara guna : cairkan Larutan Bio-Hijau, kemudian sembur/spray ke arah langsir, tingkap, dinding bilik, bekas lampu. Ianya boleh mengatasi bau busuk dari asap-asap rokok, binatang peliharaan.

Mengatasi masalah debu di cermin tingkap

  • Cara guna : cairkan Larutan Bio-Hijau, kemudian sembur/spray ke atas cermin, kemudian sapu dengan kain kapas yang kering untuk pembersihan sepenuhnya. Menjadikan cermin lebih jelas dan lebih bersih.

Mengatasi bau busuk dalam Sangkar Burung

  • Cara guna : cairkan Larutan Bio-Hijau dalam skala 1:100, kemudian sembur/spray ke atas helaian surat khabar. Setelah basah sedikit, letakkanya sebagai alas dalam reban sangkar burung.

Mengatasi bau busuk dalam Rumah Anjing

  • Cara guna : cairkan Larutan Bio-Hijau dalam skala 1:100, kemudian sembur/spray ke dalam rumah anjing tersebut. Juga boleh disembur/spray atas alas tempat tidur anjing.

Mencuci kolam renang.

  • Cara guna : tuangkan Larutan Bio-Hijau sebanyak 200 liter ke dalam kolam sebulan sebelum proses mencuci kolam bermula. Tidak perlu menggunakan bahan kimia atau sabun pencuci, kerana semasa membersihkan kolam, proses menyapu dan mencuci lantai kolam lebih mudah kerana kekotoran  keladak2 air tidak melekat. Lantai kolam juga tidak licin dan tidak merbahaya kepada Pencuci2 kolam. Air kolam juga tidak berbau busuk, malah kerja-kerja membersih kolam juga selesai lebih cepat dari sebelumnya.
  • Skala penggunaan untuk aplikasi air takungan ialah 1 liter Larutan Bio-Hijau : 1 meter padu air.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *