Lawatan Sambil Belajar

Tujuan lawatan diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada murid-murid melihat proses kosmetik dibuat. Seterusnya, lawatan ini juga dapat menimba ilmu pengetahuan serta dapat mengetahui jenis kosmetik yang diproses.

Apabila tiba,mereka disambut oleh Pn Zairos.Kemudian ,beliau memberikan satu taklimat ringkas tentang kilang tersebut.

Selepas itu,murid-murid dibawa ke beberapa bahagian proses.Sebahagian besar kerja memproses ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi tinggi.Beberapa orang murid telah bertanyakan soalan kepada petugas di situ untuk mengetahui lebih banyak maklumat dan mereka melayan pertanyaan murid-murid itu dengan mesra walaupun sedang bekerja.

Para peserta dibawa ke bahagian jenis kosmetik.Di situ terdapat banyak kosmetik yang sudah diproses. Sebelum bertolak pulang, murid-murid diberi sedikit jamuan ringan di kilang tersebut.

Mereka diberi seorang satu kosmetik sebagai cenderamata    oleh pihak kilang.Cikgu telah menyampaikan cenderamata kepada Pn Zairos sebagai tanda penghargaan.Mereka berasa sangat seronok menyertai rombongan ini kerana mendapat banyak pengetahuan dan melihat sendiri cara-cara memproses kosmetik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *