Program Kelantan Go Green (KGG)

GO GREEN Program Kelantan Go Green 2014 merupakan salah satu alternatif dalam menjayakan impian dan hasrat kerajaan negeri Kelantan menjadikan Kelantan sebuah negeri bersih. Program ini menggunakan Larutan Bio-Hijau dalam usaha meningkatkan kualiti kawasan sasaran. Larutan Bio-Hijau keluaran Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd ialah laruta mikroorganisma yang berfaedah yang terdiri daripada bakteria fotosintetik, bakteria laktik asid, yis, actinomyces dan molasses. Ia merupakan campuran mikrobial aktif untuk pelbagai kegunaan dalam sektor pertanian. Larutan Bio-Hijau ini telah diaktifkan dan sedia untuk diaplikasikan terus dalam sektor-sektor berkaitan. Penyelidikan dan pemerhatian telah membuktikan bahawa inokulasi kultur Bio-Hijau pada tanah, tumbuhan, ekosistem dapat meningkatkan kualiti tanah, kesihatan tanah, peningkatan hasil dan kualiti pertanian. Begitu juga jika ia digunapakai dalam sistem penternakan, keputusannya juga adalah sama. Mikroorganisma dalam larutan Bio-Hijau akan berasimilasi dengan baik dengan alam sekitar, kerana ia adalah sejenis mikrob dari alam semulajadi. Antara Kelebihan Larutan Bio-Hijau terhadap alam sekitar ialah :

  • Menghilang dan mengawal bau busuk di kawasan persekitaran
  • Mempercepatkan proses penguraian sisa buangan.
  • Melambatkan pembentukan bahan enap cemar.
  • Berfungsi untuk penjagaan dan penyelenggaraan sungau, kolam, tasik, longkang, tandas dan pasar, kolam kumbahan dan tapak pelupusan sampah.
  • Menghilangkan bau busuk kawasan longgokan sampah sarap.

Kempen Kelantan Go BioGreen 2014 dijalankan sebagai salah satu usaha kerajaan negeri Kelantan menyelesaikan beberapa masalah berkaitan isu kebersihan yang berlaku di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan. Melalui kempen ini, Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam akan menggunakan sepenuhnya kebaikan dan kelebihan penggunaan Bioteknologi Efektif Mikroorganisma. Bioteknologi Mikroorganisma telah digunapakai secara meluas sejak dua dekad yang lalu terutamanya didalam proses rawatan pemulihan air, loji, menghilangkan bau busuk, penternakan haiwan, dan pelbagai kegunaan dalam rawatan sisa industri. Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd bertanggungjawab menjalankan operasi penyemburan Larutan Bio-Hijau bagi memastikan masalah yang dikenalpasti dapat diselesaikan.

kgg1-1024x658

Sasaran Lokasi yang pertama ( sebagai tapak percubaan) ialah Pasar Berek 12, Kota Bharu. Satu Majlis Pelancaran Kelantan Go Green telah disempurnakan Oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Yang Berhormat Tuan Hj. Takiyuddin B. Hj. Hasan pada 23 Syawal 1433H bersamaan 10 September 2012.

kgg2-1024x753

Kempen ini berjalan selama 2 bulan dibawah kelolaan KBCSB dengan aktiviti semburan dan pemantauan dilakukan setiap minggu oleh staff yang terlibat. Sehingga hari ini, keputusan dan kesan yang amat positif diperolehi dari pelaksanaan kempen ini. Selepas sebulan semburan Larutan Bio-Hijau dijalankan, masalah bau busuk longkang telah dapat diatasi. maklumbalas yang positif diterima dari para peniaga dikawasan berkenaan. kgg3

 

PIJI

 

PIJI2

2 Commentsto Program Kelantan Go Green (KGG)

  1. SHUKRI BIN HASAN says:

    Di mana untuk mendapatkan Larutan Bio-Hijau mohon pihak tuan memaklumkan lokasi kedai di Kota Bharu.

    • Kalam KBC says:

      Wa’alaikumussalam..
      Terima kasih atas pertanyaan Tuan. Di kawasan Kota Bharu, Tuan boleh dapatkannya di Kedai Peladang. Alamatnya ialah di KM 4.8, Jalan Sultan Yahya Petra, Lundang, 15990 Kota Bharu, Kelantan. No. telefon 09-7473369. Namun begitu, buat masa sekarang mereka sedang mengadakan pemeriksaan stok akhir tahun dan akan dibuka semula pada 1 Januari 2014. Tuan boleh dapatkannya di Kedai kami di Machang, Kelantan atau hubungi pegawai bertanggung jawab EN. SHAMSUL (011-25520355).
      Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *