Month: December 2013

 

Seminar Usahawan Penternakan Kambing Integrasi 2014

Penternakan kambing mempunyai peluang dan ruang yang amat berpotensi untuk dikembangkan di Negeri Kelantan. Namun, perkongsian pengetahuan dan kemahiran berkaitan kaedah penternakan yang efektif dan ekonomi amat jarang diketengahkan kepada masyarakat dan hasilnya banyak projek mahupun perusahaan tidak mencapai sasaran sekaligus membawa kepada kegagalan. Situasi ini tambah merugikan apabila ramai dari usahawan tidak mempunyai pengetahuan yang jelas dalam menjalankan perusahaan ini. Tambah merumitkan apabila ramai usahawan masih terikat dengan kaedah dan pengetahuan teknikal yang sudah ketinggalan zaman dan tidak ekonomik.

Justeru, Bengkel ini bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang teknologi terkini dalam menjalankan perusahaan penternakan digabungkan dengan sessi perkongsian dari penyelidik Universiti dan penternak yang telah berjaya.

 

Apa yang anda akan dapat melalui bengkel ini adalah:

1. Dapat meningkatkan minat dan kesungguhan masyarakat terhadap penternakan kambing secara komersial.

2. Dapat menyediakan bantuan dan khidmat nasihat terutama berkaitan teknologi terkini dalam bidang penternakan kambing.

3. Dapat dijadikan platform untuk mempromosikan pertanian secara integrasi dalam perusahaan penternakan kambing.

 

Seminar Usahawan Penternakan Kambing Integrasi 2014 sebagaimana berikut :

  • Tarikh: 25 Februari 2014 ( Selasa )
  • Tempat: Pusat Inkubator Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd, Lot 3174 Batu 23, Jalan Kota Bharu-Machang, 18500 Machang, Kelantan.
  • Yuran Penyertaan Hanya RM100.
  • ( Diskaun 10 Peratus bagi mereka yang mendaftar secara 5 orang berkumpulan.(minum pagi, makan tengahari & minum petang disediakan)

 

Jadual Aturcara Program spk2014

UNTUK MENDAFTAR, SILA MUAT-TURUN BORANG YANG DISEDIAKAN

Borang Pendaftaran Peserta Seminar spk2014

atau

HUBUNGI KAMI :

09- 976 5280 ( PEJABAT )

014- 806 9954 ( NASIR )

atau

SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)

<SUPKI>jarak<NAMA>jarak<NO. IC>ke 014-8069954

Bengkel Pengurusan Ladang Pisang Kultur Tisu

Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd akan menganjurkan Bengkel Pengurusan Ladang Pisang Kutur Tisu 2014 sebagaimana berikut :

 

  • Tarikh: 25 Januari 2014 ( Sabtu )
  • Tempat: Pusat Inkubator Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd, Lot 3174 Batu 23, Jalan Kota Bharu-Machang, 18500 Machang, Kelantan.
  • Yuran Penyertaan Hanya RM100.
  • ( Diskaun 10 Peratus bagi mereka yang mendaftar secara 5 orang berkumpulan.(minum pagi, makan tengahari & minum petang disediakan)

 

Bengkel ini menyediakan pendedahan khusus kepada para usahawan tani dan individu yang berminat dalam kultur tisu tumbuhan dan pengurusan ladang Pisang yang dibiakkan melalui kultur tisu tumbuhan. Penceramah yang dijemput untuk menyampaikan kertas kerja adalah mereka yang pakar dalam kultur tisu tumbuhan dan pengurusan ladang Pisang yang betul.

 

Apa yang anda akan dapat melalui bengkel ini adalah:

  1. Apakah Kultur Tisu Tumbuhan dan Kebaikannya dalam pertanian.
  2. Ketahui cara pengurusan ladang pisang yang betul dan dapat member pulangan hasil yang tinggi jika diusahakan dengan cara yang betul.
  3. Lawatan ke Ladang Pisang Kultur Tisu
  4. Praktikal menanam plantlet di nursery dan anak benih polibeg Pisang di Ladang

 

ATURCARA PROGRAM

Jadual Bengkel Pengurusan Ladang Pisang Kultur Tisu 2013 (New)

UNTUK MENDAFTAR, SILA MUAT-TURUN BORANG YANG DISEDIAKAN

Borang Daftar Peserta Bengkel

atau

HUBUNGI KAMI :

09- 976 5280 ( PEJABAT )

013- 559 6573 ( AFZAN )

atau

SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)

<BPLP>jarak<NAMA>jarak<NO. IC>ke 013-5596573