Bioteknologi Kesihatan

Dibawah bidang penyelidikan Bioteknologi Kesihatan, KBCSB telah melangkah kehadapan dengan menubuhkan Pusat Bioproses dan Kilang Kosmetik berstatus GMP.

1. PUSAT BIOPROSES (Minyak Kelapa Dara)

Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd memulakan Pusat Bioproses Minyak Kelapa Dara (VCO) pada Januari 2010 bagi tujuan memproses minyak kelapa dara menggunakan kaedah fermentasi. Ia bagi menjamin mutu penghasilan produk daripada permulaan sehingga akhir proses. Pusat Pemprosesan Minyak Kelapa Dara ini telah mendapat status HALAL daripada JAHEAIK pada Februari 2010.

Produk makanan tambahan di bawah jenama NUTRIFERA memerlukan 5000 biji kelapa bagi menghasilkan minyak kelapa dara mentah setiap sebulan. Bagi menampung keperluan pasaran minyak kelapa dara, pihak KBCSB telah membeli Mesin Perahan Minyak Kelapa Dara daripada Jabatan Pertanian Negeri bagi mencapai keperluan 5000 biji buah kelapa sebulan.

PERANCANGAN JANGKA SEDERHANA (2012 – 2015)

Bagi memastikan bekalan bahan mentah (kelapa) mencukupi dan harga yang kompetatif, pihak syarikat bercadang untuk menjalankan kerjasama dengan mana-mana agensi berkaitan bagi membuka Ladang Intergrasi Kelapa Matag dengan tanaman lain. Pihak syarikat telah mengenal pasti tanah seluas 200 ekar di Mukim Kelaweh, Daerah Pangkal Meleret, Jajahan Machang dan telah mendapat kelulusan dari lembaga pengarah bagi memohon hak milik tanah tersebut. InsyaAllah projek ini akan dimulakan awal 2013.

 

2.KILANG PRODUK PENJAGAAN DIRI (KOSMETIK) BERTARAF AMALAN PENGILANGAN BAIK (GMP)

Kilang yang menepati standard Amalan Perkilangan Baik (GMP)dan berstatus HALAL, milik Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd(KBCSB), telah dirasmikan pada 28 Mac 2010 oleh YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KBCSB. Pihak syarikat dan Kerajaan Negeri Kelantan telah melabur hampir RM 1,000,000 bagi menyiapkan kilang berstatus GMP ini.

Kilang telah beroperasi sepenuhnya dan kini mengeluarkan produk kesihatan dan penjagaan diri
berasaskan bahan semulajadi berjenama NUTRIFERA. Selain daripada itu syarikat menawarkan
khidmat kepada usahawan yang berminat.

Khidmat Yang Ditawarkan oleh Kilang berstatus GMP,KBCSB termasuk;

  1. Menjalankan R & D bagi menghasilkan Formulasi pelbagai jenis produk penjagaan diri dan kesihatan yang ingin dipasarkan oleh pelanggan.
  2. Kontrak pengilangan (Contract Manufacturing) bagi penghasilan produk penjagaan diri dan kesihatan.
  3. Mengadakan Seminar Usahawan Produk Kesihatan dan Kecantikan