Pengenalan

Pengenalan

Bioteknologi adalah aplikasi ilmu pengetahuan dan teknologi yang terbentuk dari pengamatan dan kefahaman manusia terhadap jisim-jisim (bio-jisim) dan proses-proses yang sedia wujud di dalam alam semesta ini. Allah telah menyempurnakan penciptaan alam semesta dengan bio-jisim dan proses-proses yang sedia dieksploitasi oleh manusia untuk kegunaan dan kelangsungan hidup mereka. Al-Qur’an dipenuhi dengan berbagai ayat yang mengingatkan manusia untuk mengkaji dan merenung alam sekelilingnya, dari sekecil-kecil mikrob kepada berbagai sepsis haiwan dan tumbuhan sehinggalah sebesar ekosistem untuk berbagai kegunaan dan penyelesaian kepada kehidupan manusia.