Kultur Tisu
Apakah Teknologi Kultur Tisu ?
Satu Kaedah yang mana sebahagian kecil tumbuhan (eksplan) sama ada daun, batang (organ) atau sel-sel diletakkan ke dalam medium kultur bernutrien untuk tumbesaran di bawah keadaan steril atau aseptik iaitu keadaan yang bebas daripada mikroorganisma seperti kulat, bakteria dan virus seterusnya membentuk tumbuhan yang lengkap.
Pengenalan
Pada Januari, 2006 pihak Kementerian Sains & Teknologi telah meluluskan cadangan projek pengkomersilan melalui Teknologi Kultur Tisu Tumbuhan dan telah meluluskan geran RM500,000 bagi membiayai projek di atas melalui pemindahan teknologi. Hasil daripada perjanjian yang ditandatangani oleh UPEN dengan USM pada 21 Disember 2008, UPEN bersetuju untuk memindahkan teknologi berkaitan teknologi tisu dengan USM ke Kelantan Biotech Corp Sdn. Bhd.
Sehubungan dengan itu, pada tahun 2008, kerajaan negeri di bawah peruntukan YB Che Abdullah bin Mat Nawi selaku Exco Pertanian, Bioteknologi & Industri Desa telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150,000 untuk menyediakan prasarana makmal dan nurseri untuk pengkomersilan anak benih kultur tisu. Makmal ini dikenali sebagai Makmal Agrobiotek Kelantan Biotech Corp Sdn. Bhd.
Dengan kemudahan makmal bioteknologi terkini, tenaga kerja mahir dan usahasama dengan institusi-institusi penyelidikan tempatan seperti Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM), produk yang dihasilkan oleh KBCSB adalah terjamin, berkualiti dan bermutu tinggi. Antara jenis pokok pisang keluaran KBCSB adalah seperti pisang berangan, pisang nangka, pisang kebatu, pisang cavendish, dan pisang rastali. Selain itu tanaman hiasan turut dihasilkan seperti keladi hiasan dan orkid.
Perkhidmatan Kami
- Membekal anak benih kultur tisu Pisang Berangan, Pisang Nangka dan Pisang Kebatu (Establishment stage, Rooting stage, multiplication stage, hardening stage)
- Anak benih Keladi Tikus, Keladi Hiasan dan Orkid.
- Cenderahati (kultur tisu pokok hiasan)
- Kit pengajaran & pembelajaran teknologi kultur tisu (TC@Skol)
- Kursus / Seminar Teknologi Kultur Tisu
- Kontrak penyelidikan
- Khidmat nasihat
Makmal Kultur Tisu Tumbuhan
- Tissue Culture Stages / Peringkat Kultur Tisu Tumbuhan
- Transfer Room / Bilik Pemindahan Kultur Tisu Tumbuhan
- Incubation Room / Bilik Inkubasi Kultur Tisu Tumbuhan
Banana Tissue Culture Establishment Stage (KOD 01)
Harga :
- Pengakaran : RM300 sebotol (Tempahan minima: 12 botol)
Banana Tissue Culture Rooting Stage (KOD 02)
Harga :
- Peringkat 1 : RM1.80/plantlet (Tempahan minima : 1,000 plantlet)
Banana Tissue Culture Multiplication stage (KOD 03)
Harga :
- Peringkat 2 : RM250 sebotol (Tempahan minima : 24 botol)
- Peringkat 3 : RM180 sebotol (Tempahan minima : 35 botol)
- Peringkat 4 : RM150 sebotol (Tempahan minima : 48 botol)
Banana Plant Hardening Stage (KOD 04)
PISANG BERANGAN
KUANTITI (MOQ)
|
HARGA JUALAN (2-3 BULAN)
1-999 pkk RM 2.50
1000-9999 pkk RM 2.20
10k ke atas RM 2.00
-UMUR MINIMUM 2 BULAN
-TINGGI 8 INCI KE ATAS
-SEGAR
-DI DALAM POLIBEG
-KAEDAH KULTUR TISU
PISANG NANGKA
KUANTITI (MOQ)
|
HARGA JUALAN (2-3 BULAN)
1-99 pkk RM 3.00
100-999 pkk RM 2.80
1000-9999 pkk RM 2.50
10k ke atas RM 2.20
-UMUR MINIMUM 2 BULAN
-TINGGI 8 INCI KE ATAS
-SEGAR
-DI DALAM POLIBEG
-KAEDAH KULTUR TISU