BIOTEKNOLOGI & AL-QURAN

BIOTEKNOLOGI

Aplikasi pengetahuan dan teknologi yang dibangunkan daripada pemerhatian dan pemahaman biologi serta proses sedia ada secara semulajadi.

Bioteknologi merupakan salah satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai aspek seperti perubatan, makanan, persekitaran dan kesejahteraan secara amnya.

Telah termaktub di dalam Al-Quran, mengingatkan manusia untuk berfikir dan sebagai renungan tentang alam semulajadi, di mana terdapat pelbagai mikrob dari spesis tumbuhan dan binatang yang dapat digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah dan dapat diaplikasikan di dalam kehidupan.

 

Hari Peladang 2013

Sempena dengan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan yang akan diadakan pada Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 M.

Semoga semua khalifah Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd meningkatkan semangat dan kekuatan dalam proses mencapai sasaran dan melunaskan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

InsyaAllah, kejayaan 2012 akan terus dikekalkan momentumnya untuk tahun 2013 dengan pecutan dan kesungguhan yang jauh lebih matang dan profesional.

-admin-

Seminar Pembangunan Industri Lebah Kelulut

 

 

 

 

 

TARIKH: 28 September 2013 (Sabtu)
TEMPAT: Dewan Gelangang Seni, Kota Bharu, Kelantan
MASA: 8.00 pagi – 5.30 petang

ANJURAN: Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan dan Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd.

Yuran Komitmen: RM50 sahaja – Terhad kepada 100 orang sahaja.

Sila Daftar Segera: Bagi NAMA, IC, ALAMAT dan JABATAN dengan hubungi pejabat 09-9765280 (waktu pejabat)

Tajuk-tajuk menarik dan pakar-pakar pembentang kertas kerja;

TENTATIF PROGRAM

tentatif program

 

Kepada para penternak yang suka makan produk lebah kelulut, anda semua dijemput menghadirinya, SEBARKAN/SHARE.
TARIKH: 28 September 2013 (Sabtu)

Bengkel Strategik Penternakan Lebah Negeri Kelantan 2012

Pada 5 Disember 2012, bertempat di Min House Camp, Kubang Kerian, satu bengkel strategik penternakan lebah telah diadakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kelolaan KBCSB dan kerjasama penyelidik dai USM dan Persatuan Penternak Lebah Kelantan.

Bengkel bertujuan merancang dan menentukan halatuju penyelidikan dan pengkomersilan perusahaan dan penternakan lebah khususnya lebah kelulut.

Tambah menarik, Bengkel strategik ini telah dipengerusikan sendiri oleh Yb Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, Exco Pertanian, Industri Desa & Bioteknologi Negeri Kelantan.

Latihan Kecemasan Kebakaran

Pada 4 Disember 2012, hari Selasa, bertempat di Kilang Kosmetik GMP ( Kesihatan & Kecantikan ) pihak pengurusan KBCSB dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Machang telah mengadakan saltu sesi latihan khas menghadapi kecemasan kebakaran.

 

Sesi Latihan dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Tuan Pengurus Besar KBCSB, En.Zamakhshari Muhammad. Seterusnya wakil pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Machang meneruskan agenda dengan menerangkan langkah-langkah penting dalam menghadapi kecemasan dan kebakaran. Semua kakitangan KBCSB melahirkan rasa puas hati dengan ilmu dan maklumat yang diperolehi. Pihak Pengurusan KBCB bersetuju untuk mengadakan latihan simulasi dengan Jabatan Bomba & Penyelamat Machang di masa hadapan agar dapat melatih semua kakitangan KBCSB bersedia dengan lebih yakin dan mantap dalam menghadapi segala kemungkinan.

Ahlan ya Ramadhan

Alhamdulillah.

Bersyukur kehadrat Allah taala kerana sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan Ramadhan. InsyaAllah, semoga dengan kehadiran Ramadhan kali ini meningkatkan lagi semangat dan kekuatan dalam diri kita.

Buat semua warga KBCSB, moga kehadiran Ramadhan kali ini menambahkan lagi kecemerlangan dunia dan akhirat kita semua. insyaAllah.

selamat menjalani ibadah berpuasa.

Salam Mahabbah

Assalamualaikum

Salam Mahabbah dan salam ukhuwwah dicuapkan kepada para pengunjung laman web ini.

Untuk makluman anda,

laman web ini masih dalam proses penambahbaikan dan penstrukturan semula

memandangkan laman web kami sebelum ini mengalami gangguan teknikal.

kami memohon maaf diatas segala kesulitan.

terima kasih.