Latihan Kecemasan Kebakaran

Pada 4 Disember 2012, hari Selasa, bertempat di Kilang Kosmetik GMP ( Kesihatan & Kecantikan ) pihak pengurusan KBCSB dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Machang telah mengadakan saltu sesi latihan khas menghadapi kecemasan kebakaran.

 

Sesi Latihan dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Tuan Pengurus Besar KBCSB, En.Zamakhshari Muhammad. Seterusnya wakil pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Machang meneruskan agenda dengan menerangkan langkah-langkah penting dalam menghadapi kecemasan dan kebakaran. Semua kakitangan KBCSB melahirkan rasa puas hati dengan ilmu dan maklumat yang diperolehi. Pihak Pengurusan KBCB bersetuju untuk mengadakan latihan simulasi dengan Jabatan Bomba & Penyelamat Machang di masa hadapan agar dapat melatih semua kakitangan KBCSB bersedia dengan lebih yakin dan mantap dalam menghadapi segala kemungkinan.

Comments are Closed