Kilang Penghasilan Produk Kosmetik (GMP) dan Halal

Kilang berstatus GMP dan Halal milik Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. boleh membantu usahawan yang berminat untuk mengeluarkan produk di bawah jenama sendiri. Perkhidmatan secara kontrak pengilangan (contract manufacturing) atau ‘OEM’ ini boleh diumpamakan seperti proses “outsourcing” iaitu kerjasama pintar, ‘win-win situation’ antara Usahawan dan Pengilang dalam menghasilkan produk berdasarkan formulasi, kajian dan bahan mentah yang telah diperakui lebih awal.

KEBAIKAN-OEM

KELENGKAPAN KILANG

Mesin Vakum Emulsifier

Fungsi

DSC00745

Kegunaannya ialah untuk menghasilkan produk dalam bentuk cecair samada krim, gel atau minyak.

Mesin Membuat Sabun

Fungsi

DSC00762

Untuk menghasilkan sabun muka dan sabun badan  (bentuk ketul)

Mesin Pembungkusan

Fungsi

DSC00740 Untuk membungkus sebarang kotak dan botol

FAA_6020_resized
FAA_5956_resized
FAA_5904_resized
FAA_5841_resized
FAA_5825_resized
FAA_5792_resized
FAA_5786_resized
FAA_6062_resized
FAA_5826_resized
FAA_5893_resized
Mesin Ink-Jet Laser

Kegunaannya ialah untuk mencetak no batch, tarikh luput dan tarikh mengilang

Mesin Pengisi Cecair

Kegunaannya ialah untuk mengisi produk cecair atau krim ke dalam botol/tiub

Penyelidikan dan Pembangunan Produk

  • Penyelidikan dan pembangunan formulasi produk
  • Ujian mikrob dalam produk
  • Ujian nilai pH dan kelikatan produk
  • Ujian kestabilan formulasi produk
  • Pendaftaran produk dengan Biro Pengawalan
  • Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
  • Pendaftaran sijil halal

Pengilangan Kontrak

Antara produk yang ditawarkan untuk kontrak pengilangan ialah:

  • Produk penjagaan Wajah

Sabun muka, skrub muka, toner, pelembab bibir, masker

  • Produk Penjagaan Diri

Losyen tangan dan badan, losyen pelansingan, skrub badan, sabun badan, mandian (gel/krim/minyak), Minyak Aromaterapi

  • Produk Penjagaan Rambut

Minyak Rambut, Krim Rambut, Syampu Rambut.

FAQ

Sekiranya anda berminat untuk menghasilkan produk kosmetik berjenama sendiri, sila isi borang dibawah dan hantar. Pihak kami akan menghubungi anda dalam masa yang terdekat. Sekiranya terdapat masalah, bolehlah email ke: Oembiotajmeel@gmail.com  Terima Kasih.

[vfb id=1]

352 Commentsto Kilang Penghasilan Produk Kosmetik (GMP) dan Halal

  1. Noor Haidah Ahmad Johari says:

    mohon bantuan untuk membuat product kecantikan BB Cream.

  2. min shahriman says:

    assalamualaikum. Saya berminat untuk mengeluarkan produk kecantikan seperti scrub mandian, mandian pemutihan badan, lotion pelembap kulit dll. Boleh berikan saya maklumat lebih lanjut tentang kos dll?

    • Kalam KBC says:

      Wsalam… Terima kasih diatas pertanyaan dan minat terhadap servis kami. pihak tuan/puan bolehlah merujuk kepada link ini untuk mendapatkan maklumat tentang servis Pengilangan Kontrak. Seterusnya, sila isi borang Maklumat Pelanggan di ruangan yang telah disediakan dan pihak kami akan menghubungi pihak tuan/puan secepat mungkin. Terima Kasih.

  3. sofia says:

    Salam,sy berminat utk memiliki produk skincare jenama sendiri seperti krim pencerahan,mnghilangkan jeragat dan cleanser.brp min modal yg di perlu kan?tq

    • Kalam KBC says:

      wsalam… terima kasih diatas pertanyaan tersebut. Pihak tuan/puan bolehlah merujuk kepada link ini untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan servis OEM yang disediakan. Jika berminat, pihak tuan/puan bolehlah mengisi borang maklumat pelanggan yang telah disediakan di ruangan atas. Terima kasih.

  4. eli says:

    Salam saya nak tanya kalau nak buat produk minuman kecantikan dgn harga berpatutan untuk costumer macam mana dan harga sertq minimum quantitym

  5. sophie says:

    Salam,
    Saya sedang mencari pengilang untuk produk saya iaitu
    – Krim Pencerah
    – Krim Hapus Jerawat dan Buang Minyak
    – Krim Ketegangan Payudara Wanita

    Dalam masa yang sama, saya ingin berkerjasama dengan pihak tuan untuk kelulusan SKMM.

    Boleh hantarkan saya quatation harga untuk 100 botol pertama setiap satu produk?
    bebowiwin@gmail.com

  6. rose says:

    assalamualikum

    saya berminat utk mengeluarkan produk yang boleh merawat keguguran rambut. Harap pihak tuan dapat membantu.

  7. nik fieyza says:

    assalamualaikum..
    adakah syarikat kosmetik ini ada pengambilan pelajar praktikal untuk bidang economy?
    sekian.tq

  8. Amalia Azimad says:

    assalamualaikum..
    saya berminat untuk re-branding 1 set skincare …
    re-branding gold collagen skincare …
    boleh buat tak?

  9. mohamad sukri bin yusoff says:

    asssalam tuan. saya dari syarikat bioalgae resources. syarikat kami ingin membuat produk yang berasaskan madu. kami menggunakan material asas Dunaliella salina, spirulina iaitu sejenis microalgae yang berpotensi dalam bidang pemakanan kesihatan, farmaseutikal dan neutraseutikal. adakah boleh syarikat kami hanya menghantar prodak separa siap kemudian Kelantan biotech akan membekalkan perkhidmatan seperti berikut. Perkhidmatan yang dibekalkan termasuklah urusan pendaftaran produk dengan Biro Farmasi, mendapatkan sijil Halal, GMP sehingga ke peringkat ‘packaging’. perbincangan lanjut boleh terus ke emel saya. terima kasih

    • Kalam KBC says:

      wsalam…. Terima kasih diatas pertanyaan serta minat tuan/puan dalam servis pengilangan kontrak dari Kelantan Biotech corporation. Untuk pertanyaan dan penjelasan lanjut mengenai Penghasilan Produk berasaskan Dunaliella salina, pihak tuan/puan bolehlah menghubungi Puan Zairos Fadiela di talian 09 – 976 5280. ataupun email ke inquiry@kelantanbiotech.com.my. Terima Kasih.

  10. ismail says:

    Assalamu’alaikum,

    saya seorang penternak lebah kelulut jadi sy nak menghasilkan produk dari kelulut madu, propolis dan beebrad,,.. apa produk yg paling berkesan untuk merawat masalah kulit muka..mahal tak ape janji cepat berkesan..

    minta penjelasan dari tuan..

  11. naz says:

    Assalamualaikum, sy nk berminat untuk mengeluarkan sabun muka di bawah jenama sendiri..blh sy tahu berapa kos minimum yg diperlukan dan apa prosedurnya..t.kasih

  12. khairunnisya bt che din says:

    Salam .sy scra serius nya ingin membuat produk penjagaan wajah jenama sendiri. Boleh email cara nya

  13. Syahrul says:

    assalamualaikum,

    Syarikat kami berminat untuk mengeluarkan produk kecantikan/skin care. Boleh email kpd saya detail dan skincare range yang dikeluarkan oleh kilang tuan.
    Sekian, terima kasih

  14. Nur natasya says:

    Assalam,
    Selain produk kecantikan seperti krim,sabun,dan sebagainya,adakah kilang ini menghasilkan barangan seperti berus mekap mahupun span muka@mandian….?

  15. norasyikin ishak says:

    saya bminat untuk mengelurkan barangan kecantikan atas jenama sendiri.Bolekah pihak tuan bagi maklumat dan harga mengenainya.Terima kasih.

  16. Afini says:

    Assalamualaikum .
    Saya berminat utk memulakan perniagaan dalam produk penjagaan kulit,contohnya face mask, body scrub dll. boleh saya dapatkan kos untuk penghasilan produk, packaging, kelulusan dan minumum qty utk penghasilan produk. Terima kasih

  17. mohd adhwa says:

    salam
    saya berminat utk mngeluar kan produk skin care sendiri, boleh saya dapatkan detail untuk mngeluarkan produk dengan syarikat tuan?

  18. andyothman says:

    saya merupakan seorang pelajar dari uitm. sekarang saya sedang belajar untuk membuat sebuah syarikat kecantikan. untuk subjek business ni saya perlukan jasa baik encik untuk membantu saya dari segi kos penghasilan produk kecantikkan itu. jika pihak encik ada kelapangan, dengan berbesar hati saya memerlukan sedikit maklumat itu. sekian, terima kasih.

  19. Ezreena says:

    Assalamualaikum…
    Saya berminat untuk menjalankan perniagaan secara online untuk menjual produk pelangsingan samaada slimming losyen atau coffee slimmng..dan macam mana saya nak tau sejauh mana keberkesanan nya..atau sy boleh dapat kan tester? Boleh saya dapat kan kos minimum penghasilan produk,untuk packaging,kuantiti,kelulusan? Tq

  20. Eila says:

    Salam sejahtera admin, saya baru ingin memulakan perniagaan. Saya berminat untuk membuat produk minuman kopi kecantikan & kesihatan. Selain itu, saya juga berminat untuk membuat produk skincare seperti sabun muka. Sekiranya tidak keberatan boleh tak pihak tuan/puan emelkan saya bagaimana caranya dari awal hingga ke terhasilnya produk tersebut beserta modal yang di perlukan. Terima kasih.

  21. nat says:

    Bernlminat untuk keluarkan skin care jenama sendiri.emails sy untuk langkah.yg sy perrlu buat

  22. suria mahkota says:

    Saya nak tanye…ada atau tidak menghasilkan produk kecantikan berasaskan madu kelulut.jika ada saya berminat untuk menghasilkan produk berjenama sendiri.

  23. Siti says:

    Salam… Saya ingin membuat product kecantikan jenama sendiri … Boleh emailkan detail ? Minimum 500 pcs dlu boleh ke?

  24. Kalam KBC says:

    Assalamu’alaikum,

    Kami mempunyai harga pengilangan secara Kontrak Pengilangan khusus untuk produk kecantikan berasaskan Madu Lebah Kelulut. Sila tinggalkan Nama penuh dan Alamat ke email inquiry@kelantanbiotech.com.my. supaya pihak kami dapat memberikan Sebutharga sewajarnya. harap maklum.

  25. Abdullah Yaakob says:

    Assalamualaikum

    Saya berminat untuk mengeluarkan produk kecantikan dan juga produk yang berasaskan kesihatan atas jenama sendiri. Saya ingin mengentahui minimum kos yang diperlukan utk mengeluarkan produk tersebut termasuk packaging, KKM dan sijil halal. Dan apakah syarat yang berkaitan (jika ada)supaya penjanjian kontrak pengilangan di persetujui.

    Minta penjelasan dari pihak tuan secepat mungkin.

    Terima kasih

    • Kalam KBC says:

      Wa’alaikumussalam. En. Abdullah,

      Minimum kos yang diperlukan secara umumnya bergantung kepada banyak faktor seperti aplikasi di bahagian mana, bahan2 mentah yang diguna, kesediaan barang, bau, warna dan packaging. Secara purata lebih kurang dalam 10k untuk satu produk. Sila hubungi pegawai yang bertanggung jawab iaitu En. Shamsul di talian 011-25520355 untuk penjelasan yang lebih lanjut. terima kasih.

  26. NIK FARID says:

    pertanyaan tambahan.. kalau sy dah ada sample sabun, boleh ke tuan hasilkan sabun yg sama dgn sample yg saya berikan.

  27. NIK FARID says:

    019-9828860
    Salam,
    sy berminat utk buat sabun utk wajah, hilangkan jerawat,jeragat dan mencerahkan kulit. utk kuantiti 1000-3000pcs brp harga kos dgn berat lebih kurang 80gram. Saya juga berminat utk keluarkan produk syampu Halal yang dapat menghitamkan rambut. Harap dapat maklum balas segera dari tuan.

  28. Kalam KBC says:

    Wkum salam,

    Sila email ke sales@kelantanbiotech.com.my dan contact person ialah En. Shamsul Bahri. terima kasih

  29. haizan says:

    Salam,
    Saya amat berminat untuk menceburi bidang kosmetik atas nama pilihan sendiri dan ingin berurusan dengan pihak tuan sepenuhnya dalam penghasilannya. Bolehkan pihak tuan menerangkan langkah-langkah yang perlu saya ambil untuk mengeluarkan produk ini serta kos yang diperlukan serta bantuan dari pihak tuan.

  30. aslan rowther says:

    saya baru hendak memulakan perniagaan dalam bidang kecantikan dgn jenama sendiri seperti makanan dan barangan kesihatan wanita. Di harap dapat membantu

  31. hanum says:

    Assalamualaikum tuan,
    Saya sangat berminat untuk menghasilkan produk saya sendiri & buat permulaan saya nk hasilkan masker yang boleh menghilangkan bintik2 hitam dimuka dan dalam masa yang sama memudakan wajah, bolehkah pihak tuan email saya beserta sebutharga ke email hanum@ptpk.gov.my. tq

  32. Raja mukhriz says:

    Saya berminat untuk mengeluarkan produk kecantikan untuk lelaki, cleanser toner daycream night cream. Ada kah pihak tuan ada mengeluarkan produk tersebut

    Berapakah minimum order untuk kami memulakan perniagaan ini secara kecil kecilan.

    Terima kasih

  33. Maria says:

    Salam.

    Boleh bg saya details produk yang tuan keluar kan? Dan saya ingin mengeluarkan produk utk pencerahan dan menghilangkn parut.

  34. myhijrah says:

    assalamualaikum pihak kami sdg mengenal pasti dan memcari pengusaha bumiputra yg berdaya saing untuk mengumpul produk2 halal utk pasaran luar negara..anda berminat kontrak…dan setiap satu produk perlu disediakan 1 container setiap bulan?

  35. Huda says:

    Boleh x bagi qu0tation harga utk produk rambut:
    Syampu utk rambut yg ada msalah gugur dan kelemumur.
    Terima kasih 🙂

  36. fiddy says:

    Perlukan quotation utk customized slimming coffee, energy coffee, Customize Tea (Chrysanthemum/Chamomile/Rose/Jasmine) with habbatussauda, Customize Tea(Chrysanthemum/Chamomile/Rose/Jasmine) with vitamin C + Collagen

    KKM Process and charges
    Halal Certification process and charges
    Minimum quantity can be purchase with best price
    Packaging
    Delivery
    Etc

    Please email : a.deeiffel@gmail.com

  37. wan syahruld syima says:

    As salam..saya nk tanya bagaimana nk buat produk jenama sendiri..
    seperti produk pejagaan muka 3 in 1.bermodalkan berapa?

  38. yana says:

    assalamualaikum
    saya nak tanya,saya berminat untk mengeluarkan produk kecantikan spt sabun muka,krim siang dan krim malam.. pihak tuan ada hasilkan tak?sy nak tahu lbh details..blh emailkan pd sy..tq

  39. Tuan Azwani says:

    Salam, saya berminat dengan penghasilan produk kecantikan. Bole emailkan pada saya range price untuk penghasilan produk termasuk packaging dan lain lain. Terima kasih

  40. nisa says:

    salam, saya berminat utk mengeluarkan produk sendiri…boleh emel saya…terima kasih…

  41. Hi admin,

    Syarikat kami berminat untuk mengeluarkan produk kecantikan/skin care. Boleh email kpd saya detail dan skincare range yang dikeluarkan oleh kilang tuan.
    Sekian, terima kasih.

  42. Slm..sy teringin sangai nk buat lipstik jenama sendiri..boleh tak kilang kelantanbioteck ni membantu sy dalam pembuatan produk tersebut?..

  43. Surina says:

    Saya berminat untuk menghasilkan produk kecantikan…
    Klu sy di area kl mcn mana penghantarannya??

  44. roslan says:

    salam..

    saya berminat mengeluarankan produk kesihatan atas jenama saya sendiri. produk dalam bentuk cercair. boleh kah pihak tuan membantu saya dan juga berapa kos yang di perlukan kan.
    ini no fon saya 0192322996 roslan

  45. Avinder says:

    Salam Sejahtera tuan/puan,

    Saya baru nak mula berniaga dan minat dalam produk pencerahan kulit,contohnya whitening cream, whitening toner, whitening scrubs, lotion dll. Adakah encik menghasilkan produk-produk sebegini?

    Terima Kasih.

    • Kalam KBC says:

      Terima kasih atas pertanyaan,

      Syarikat kami berkeupayaan untuk mengilangkan produk2 kosmetik seperti toner, scrub, lotion, krim pelembap dan sebagainya. Perkhidmatan yang dibekalkan termasuklah urusan pendaftaran produk dengan Biro Farmasi, mendapatkan sijil Halal, GMP sehingga ke peringkat ‘packaging’. Sekiranya berminat, sila emailkan maklumat lengkap seperti Nama, No. telefon dan Alamat surat menyurat ke alamat email sales@kelantanbiotech.com.my supaya pegawai kami yang bertanggung jawab dapat menghubungi Puan untuk memberikan keterangan lebih lanjut. Harap maklum.

  46. Nurul Rahman says:

    salam.. saya berminat untuk mendapatkan perkhidmatan pihak tuan untuk menghasilkan masker. boleh saya dapatkan kos untuk penghasilan produk, packaging, kelulusan dan minumum qty utk penghasilan produk. mohon email kpd saya segera. terima kasih..

    • Kalam KBC says:

      Wa’alaikumussalam Sdri Nurul,

      Terima kasih atas minat Sdri. Syarikat kami mempunyai pengalaman dalam menghasilkan produk kosmetik termasuk Masker. Saya perlu berikan sebutharga rasmi untuk maklumat2 di atas. Sila tinggalkan Nama, Alamat surat-menyurat serta no. telefon ke email kami inquiry@kelantanbiotech.com.my.

      Harap maklum

  47. Siti Zuraifah says:

    Salam,
    Saya berminat untuk mendapatkan details tentang memulakan produk secara OEM. Produk ialah masker. Formulanya, kami ada idea. Berapa min kos untuk permulaan termasuk packaging? Design brand kami akan beri. Terima kasih!

    • Kalam KBC says:

      wkum salam,

      Terima kasih atas minat Sdri. Untuk membuat produk sendiri, kami akan memulakan dengan proses hasilkan produk sampel dalam Makmal dahulu. Supaya produk yang hendak dipasarkan, dijamin kualitinya, bersih dan berkesan pada pengguna. Produk masker adalah salah satu produk yang biasa dikilangkan oleh kami. Justeru Sdri boleh dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi pejabat atau terus berhubung dengan Pegawai bertanggung jawab di talian 011-25520355 (EN. SHAMSUL).

  48. nurul says:

    salam.. saya amat berminat utk mengeluarkan produk krim kecantikan saya sendiri. boleh beritahu saya cara2nya?

    sila emel saya ya. terima kasih

  49. nazira zaini says:

    Syarikat kami mempunyai produk yg telah mendapat sambutan dari pengguna malahan kami mendapat liputan dari majalah misteri.Akan tetapi kami menghdapi masalah untuk mendaftarkan produk dengan KKM kerana kami tidak mengeluarkan produk di kilang.Pihak KKM mengesyorkan kami supaya mendapatkan kontrak pengilangan bagi memudahkan proses pemasaran dan pendaftran KKM..Kami berminat utk menandatangani kontrak pengilangan dengan syrikat tuan.Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kontrak pengilangan sekiranya kami sudahempunyai formula sendiri.Utk pengetahuan tuan ptoduk kami dalah Minyak Lintah Gunung.Diharap kami mendpat jwapan yg segera..trima kasih

    • Kalam KBC says:

      Terima kasih atas pertanyaan,

      Merujuk kepada soalan Tuan/Puan, syarikat kami boleh menyelesaikan isu pendaftaran produk dengan Kementerian Kesihatan, sekiranya bahan-bahan yang digunakan adalah semulajadi dan tidak merbahaya. Syarikat kami juga mensyaratkan supaya beberapa proses seperti pembotolan dan Ujian Makmal perlu dibuat sekiranya perlu menggunakan khidmat pendaftaran produk melalui kami. Justeru, sila hubungi pegawai kami En. Shamsul di talian 09-9765280 untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut. Wassalam.

  50. Mohd nor Majnon says:

    Assalamualaikum

    Saya sedang mencari pengilang yang boleh membuat sabun mandi seberat 120gm. adakah pihak tuan boleh membuatnya?

    1) Sabun ini hendak di gunakan di dalam bath tab untuk berendam
    2) Tidak mudah cair
    3) Berapa harga sebiji sabun?

    Harap dapat maklum balas dari pihak tuan.

    Terima kasih.

    • Kalam KBC says:

      Wa’alaikumussalam En. Mohd Nor,

      Terima kasih atas pertanyaan Tuan. Kepakaran kami ialah mengilangkan produk Kesihatan dan Kecantikan berasaskan bahan2 semulajadi secara Kontrak Pengilangan. Untuk produk sabun sebagaimana spesifikasi di atas, Insha ALLAH syarikat kami mempunyai kepakaran untuk membuatnya. Namun begitu, beberapa maklumat tambahan perlu diambil kira, antaranya apakah bahan2 semulajadi yang Tuan cadang untuk digunakan? Apakah haruman yang hendak digunakan? Bagaimana dengan warna? Pembungkusan? Sukacitalah kiranya Tuan dapat tinggalkan No. telefon supaya pegawai kami yang bertanggungjawab dapat hubungi Tuan dengan segera. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *