Category: Uncategorized

 

Seminar Pembangunan Industri Lebah Kelulut

 

 

 

 

 

TARIKH: 28 September 2013 (Sabtu)
TEMPAT: Dewan Gelangang Seni, Kota Bharu, Kelantan
MASA: 8.00 pagi – 5.30 petang

ANJURAN: Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan dan Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd.

Yuran Komitmen: RM50 sahaja – Terhad kepada 100 orang sahaja.

Sila Daftar Segera: Bagi NAMA, IC, ALAMAT dan JABATAN dengan hubungi pejabat 09-9765280 (waktu pejabat)

Tajuk-tajuk menarik dan pakar-pakar pembentang kertas kerja;

TENTATIF PROGRAM

tentatif program

 

Kepada para penternak yang suka makan produk lebah kelulut, anda semua dijemput menghadirinya, SEBARKAN/SHARE.
TARIKH: 28 September 2013 (Sabtu)

Bengkel Strategik Penternakan Lebah Negeri Kelantan 2012

Pada 5 Disember 2012, bertempat di Min House Camp, Kubang Kerian, satu bengkel strategik penternakan lebah telah diadakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kelolaan KBCSB dan kerjasama penyelidik dai USM dan Persatuan Penternak Lebah Kelantan.

Bengkel bertujuan merancang dan menentukan halatuju penyelidikan dan pengkomersilan perusahaan dan penternakan lebah khususnya lebah kelulut.

Tambah menarik, Bengkel strategik ini telah dipengerusikan sendiri oleh Yb Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, Exco Pertanian, Industri Desa & Bioteknologi Negeri Kelantan.

Latihan Kecemasan Kebakaran

Pada 4 Disember 2012, hari Selasa, bertempat di Kilang Kosmetik GMP ( Kesihatan & Kecantikan ) pihak pengurusan KBCSB dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Machang telah mengadakan saltu sesi latihan khas menghadapi kecemasan kebakaran.

 

Sesi Latihan dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Tuan Pengurus Besar KBCSB, En.Zamakhshari Muhammad. Seterusnya wakil pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Machang meneruskan agenda dengan menerangkan langkah-langkah penting dalam menghadapi kecemasan dan kebakaran. Semua kakitangan KBCSB melahirkan rasa puas hati dengan ilmu dan maklumat yang diperolehi. Pihak Pengurusan KBCB bersetuju untuk mengadakan latihan simulasi dengan Jabatan Bomba & Penyelamat Machang di masa hadapan agar dapat melatih semua kakitangan KBCSB bersedia dengan lebih yakin dan mantap dalam menghadapi segala kemungkinan.

Ahlan ya Ramadhan

Alhamdulillah.

Bersyukur kehadrat Allah taala kerana sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan Ramadhan. InsyaAllah, semoga dengan kehadiran Ramadhan kali ini meningkatkan lagi semangat dan kekuatan dalam diri kita.

Buat semua warga KBCSB, moga kehadiran Ramadhan kali ini menambahkan lagi kecemerlangan dunia dan akhirat kita semua. insyaAllah.

selamat menjalani ibadah berpuasa.

Salam Mahabbah

Assalamualaikum

Salam Mahabbah dan salam ukhuwwah dicuapkan kepada para pengunjung laman web ini.

Untuk makluman anda,

laman web ini masih dalam proses penambahbaikan dan penstrukturan semula

memandangkan laman web kami sebelum ini mengalami gangguan teknikal.

kami memohon maaf diatas segala kesulitan.

terima kasih.